
Article
Isu Tular Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Tular Rosakkan Kereta Dengan Topi Keledar Diberkas
Georgetown, 11 Jun 2024 - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes merosakkan sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar di Jalan Sungai...
Georgetown, 11 Jun 2024 - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes merosakkan sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar di Jalan Sungai Pinang, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 2.50 petang, Sabtu lalu di mana suspek merosakkan kereta mangsa kerana dia tidak berpuas hati selepas mangsa terlanggar motosikal suspek.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.