
Article
Isu Tular Hari Kebangsaan Ke 65 Polis Kesan Lelaki Gunting Jalur Gemilang
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 - Polis mengesan seorang lelaki yang dilihat menggunting Jalur Gemilang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (...
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 - Polis mengesan seorang lelaki yang dilihat menggunting Jalur Gemilang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, selepas perbuatannya tular di media sosial, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, polis belum menerima laporan berhubung kejadian itu.
Rakaman video berdurasi 38 saat yang dimuat naik di TikTok menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi itu memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera.
Difahamkan, ada pengguna jalan raya yang melihat kejadian menegur perbuatannya namun dimarahi.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kesan-lelaki-gunting...