Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Isu Tular Hari Kebangsaan Ke 65 Polis Kesan Lelaki Gunting Jalur Gemilang

Diterbitkan: 18 Aug 2022 2.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 - Polis mengesan seorang lelaki yang dilihat menggunting Jalur Gemilang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, selepas perbuatannya tular di media sosial, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/isu-tular-hari-kebangsaan-ke-65-polis-kesan-lelaki-gunting-jalur-gemilang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:26 MYT
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2022 - Polis mengesan seorang lelaki yang dilihat menggunting Jalur Gemilang dipasang tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, selepas perbuatannya tular di media sosial, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, polis belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan," katanya ringkas.

Rakaman video berdurasi 38 saat yang dimuat naik di TikTok menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi itu memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera.
Difahamkan, ada pengguna jalan raya yang melihat kejadian menegur perbuatannya namun dimarahi.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kesan-lelaki-gunting...

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 18 Aug 2022 2.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM