Istiadat Meletak Kalungan Bunga Hari Pahlawan
Kuala Lumpur- 31 Julai 2007 - Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2007, Istiadat Meletak Kalungan Bunga Peringkat Kebangsaan Di Tugu Peringkatan Negara telah diadakan.
Istiadat Meletak Kalungan Bunga didahului oleh Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia, diikuti oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Polis Negara, Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan Timbalan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia.
Turut hadir pada istiadat itu ialah Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj. Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Pahlawan ku ..... Tabik Hormat daripada Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia (tengah) bersama pucuk pimpinan tertinggi PDRM dan ATM serta Persatuan Bekas Polis dan Tentera di Istiadat Meletak Kalungan Bunga Sempena Hari Pahlawan 2007.