Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ipsc 2015 Pdrm Rangkul 3 Emas 4 Perak

Diterbitkan: 25 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Tindak Khas (UTK) berjaya memungut tiga pingat emas dan empat pingat perak dalam Kejohanan 'International Practical Shooting Confideration' (IPSC) 2015 yang berlangsung di Lapang Sasar Pokok Sena, Kedah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ipsc-2015-pdrm-rangkul-3-emas-4-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:34 MYT

Pokok Sena, 25 Ogos -Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Tindak Khas (UTK) berjaya memungut tiga pingat emas dan empat pingat perak dalam Kejohanan 'International Practical Shooting Confideration' (IPSC) 2015 yang berlangsung di Lapang Sasar Pokok Sena, Kedah.

Tiga emas milik PDRM dirangkul melalui L/Kpl Mohd Hanif bagi kategori 'Production' perseorangan (lelaki), L/Kpl Saifuddin bagi acara 'shoot off' Kategori 'Production' serta emas berpasukan bagi Kategori 'Production' berpasukan.

Pingat perak pula telah disumbangkan oleh Kpl Shima bagi Kategori 'Production' perseorangan (wanita), L/Kpl Hanif bagi acara 'shoot off' kategori 'Production' dan dua lagi pingat perak bagi kedua-dua kategori 'Standard' dan 'Open'.

Seramai 170 penembak dari 12 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang bermula pada 22 hingga 23 Ogos lalu.
Ipsc 2015 Pdrm Rangkul 3 Emas 4 Perak

ArtikelDiterbitkan 25 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM