Pokok Sena, 25 Ogos -Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Tindak Khas (UTK) berjaya memungut tiga pingat emas dan empat pingat perak dalam Kejohanan 'International Practical Shooting Confideration' (IPSC) 2015 yang berlangsung di Lapang Sasar Pokok Sena, Kedah.
Tiga emas milik PDRM dirangkul melalui L/Kpl Mohd Hanif bagi kategori 'Production' perseorangan (lelaki), L/Kpl Saifuddin bagi acara 'shoot off' Kategori 'Production' serta emas berpasukan bagi Kategori 'Production' berpasukan.
Pingat perak pula telah disumbangkan oleh Kpl Shima bagi Kategori 'Production' perseorangan (wanita), L/Kpl Hanif bagi acara 'shoot off' kategori 'Production' dan dua lagi pingat perak bagi kedua-dua kategori 'Standard' dan 'Open'.
Seramai 170 penembak dari 12 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang bermula pada 22 hingga 23 Ogos lalu.