Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ipcmc Mampu Perkasa Integriti Polis

Published: 03 Dec 2018 8.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Iskandar Puteri, 3 Disember 2018 - Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dilihat mampu memperkasakan integriti dan keupayaan anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ipcmc-mampu-perkasa-integriti-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:45 MYT

Iskandar Puteri, 3 Disember 2018 - Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dilihat mampu memperkasakan integriti dan keupayaan anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata penubuhan suruhanjaya bebas itu sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membersihkan nama polis selain memantau tugasan polis terutama dalam kes penyiasatan serta meningkatkan lagi kualiti kerja disiplin.

"Penubuhan suruhanjaya tersebut akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang akan menilai dan memantau tugas yang dijalankan anggotapolis," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat PolisDaerah Iskandar Puteri di Balai Polis Gelang Patah, di sini, hari ini.

Dzulkhairi turut berkata disiplin yang tinggi merupakan aspek penting dalam kepimpinan badan tersebut dan demi menjamin elemen 'command and control' dipraktikkan dengan berkesan.

"Kita berharap anggota kita dapat meningkatkan disiplin dalam melakukan kerja walau cabaran kerja lebih getir tetapi ini bukan alasan malah menjadikan kita lebih bersemangat dalam menjalankan tugas dan amanah," katanya.

Sementara itu, pada sidang media selepas perhimpunan itu, Dzulkhairi turut menasihati ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak mereka ketika musim cuti persekolahan agar tidak terlibat dalam kegiatan seperti basikal lajak yang boleh membahayakan nyawa anak mereka.

Meskipun isu basikal lajak makin berkurangan, pihaknya tetap menjalankan 'Ops Didik' di kawasan berhampiran sekolah dalam usaha pihak polismemantau aktiviti berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

ArticlePublished 03 Dec 2018 8.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM