Inter Force Games Rmp Spf 2008
Kuala
Lumpur - 21 November 2008. Setiap tahun, kejohanan sukan antara Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Singapura (PRS) di adakan
dimana penganjuran kejohanan tersebut dibuat secara bergilir-gilir
antara PDRM dan PRS.
Pada
tahun ini, Polis Diraja Malaysia menjadi tuan rumah yang melibatkan 7
acara sukan. Acara-acara yang dipertandingkan ialah golf, badminton,
bola tampar, bola jaring, bola sepak (terbuka), bola sepak (pegawai) dan
tenpin bowling dengan tema "Unity Through Sports" dan bermula pada 21
November hingga 22 November 2008.
Delegasi
Polis Republik Singapura diketuai oleh CP Tan Sri Khoo Boon Hui, Ketua
Polis Republik Singapura dengan 113 orang, melibatkan 56 orang pegawai
dan 59 orang anggota. Kekuatan kontinjen Polis Diraja Malaysia pula
seramai 113 orang yang melibatkan 53 orang pegawai dan 60 orang
anggota.
Sambutan
selamat datang delegasi Polis Republik Singapura di adakan di Maktab
PDRM Kuala Lumpur dan jamuan malam di Hotel Park Royal sementara Majlis
Makan Malam Perasmian/Penutup di Hotel Royale Bintang.
Kejohanan
golf telah diadakan di Kelab Golf kajang Hill dan Kelab Golf Danau UKM
Bangi, bolasepak, bola jaring, bola tampar, badminton di Pusat Latihan
Polis Kuala Lumpur dan tenpin bowling di Kelab Golf Bukit Jalil.
Johan
Keseluruhan, Inter Force Games RMP/SPF 2008, Polis Diraja Malaysia dan
Polis Republik Singapura telah diungguli oleh Polis Diraja Malaysia.
Antara
intipati ucapan oleh YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua
Polis Negara, beliau berharap melalui sukan persahabatan ini dapat
menanamkan semangat dan perasaan muhibbah serta mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim dan memperkukuhkan lagi semangat setiakawan yang
telah terjalin sekian lama dan mewujudkan keharmonian yang akan membawa
kecemerlangan didalam bidang sukan kepada Polis Diraja Malaysia dan
Polis Republik Singapura.
Diharapkan
acara sukan ini juga akan dapat memberi faedah kepada kedua-dua buah
negara dalam melahirkan bakat-bakat baru serta bertukar pengalaman atau
pendapat dalam meningkatkan mutu sukan negara masing-masing.

Acara Golf di Kelab Golf Danau UKM Bangi...

Acara badminton veteran

Pertarungan sengit acara bola tampar

Pemain
Bola Jaring Polis Diraja Malaysia dan Polis Republik Singapura
bergambar kenangan satelah selesai majlis penyampaian hadiah

YDH
Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara bersama YDH Tan
Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH
Pengarah-Pengarah PDRM, sama-sama turun padang menyaksikan pertandingan
bola sepak

Pasukan
Bola Sepak Pegawai, Polis Diraja Malaysia dan Polis Republik Singapura
bergambar kenangan satelah selesai pertandingan dengan keputusan PDRM
mengalahkan PRS, 2-1

Makan Malam 'Grand Dinner' di Hotel Royale Bintang

YDH
Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan
cenderahati kepada CP Tan Sri Khoo Boon Hui, Ketua Polis Republik
Singapura

'Team' Bina Badan PDRM menyembahkan aksi menarik kepada hadirin yang hadir...

YDH
Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara menyampaikan
'Inter Forces Games Challenge Trophy' kepada YDH CP Dato' Abdul Razak
bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis
Sukan PDRM.

Bergambar kenangan dalam acara golf di Kelab Golf Danau UKM, Bangi