
Insentif Buat Pemain The Cops Jika Berjaya Masuk Liga Super
Kuala Lumpur, 18 Julai 2019 - Insentif khas menanti para pemain bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika berjaya memasuki Liga Super 2020, musim hadapan.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara tersebut ketika pertemuannya dengan para pemain 'The Cops' di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Tan Sri Muhyiddin berharap, insentif tersebut dapat menyuntik semangat para pemain PDRM yang bakal berdepan Pulau Pinang FA di Stadium Hang Jebat, Melaka, Sabtu ini.
Sebagai rekod, sebanyak empat pasukan bakal merebut satu tempat ke Liga Super 2020. Kesemua pasukan tersebut adalah PDRM, UiTM FC, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang FA.
"Saya percaya semangat juang para pemain PDRM sentiasa tinggi untuk memberi tentangan hebat dalam aksi akhir Liga Perdana menjelang Pulau Pinang nanti," ujar beliau.
Turut hadir dalam pertemuan tadi, isteri kepada Tan Sri Muhyiddin iaitu Puan Sri Noraini Abdul Rahman, Ketua Polis Negara merangkap Penaung Majlis Sukan PDRM, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Zakaria Ahmad dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan PDRM, SAC Dato' Abdul Majid Mohd Ali.
Bergambar kenangan bersama Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador memberi kata-kata semangat kepada para pemain 'The Cops'.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin bersama Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador memberi kata-kata semangat kepada para pemain 'The Cops'.
Para pemain 'The Cops'.
Sekitar majlis pertemuan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, IG Dato' Seri Abdul Hamid Bador bersama para pemain 'The Cops' berlangsung.