
Kpn Terima Kunjungan Hormat Daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura
Kuala Lumpur, 19 Julai 2019 - Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Antara inti pati pertemuan ialah membincangkan hal-hal semasa terutamanya berkaitan dengan isu-isu keselamatan dan seterusnya mengeratkan hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Singapura.
Turut hadir, Pengarah Cawangan Khas, CP Dato’ Mohamed Farid Abu Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi), DCP Dato’ Mohd Roze Shaari dan ACP Perhubungan Antarabangsa, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon menandatangani buku pelawat.
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura, H.E. Vanu Gopala Menon.