Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sungai Petani, 25 Jun 2013 - Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara berbesar hati menghadiri Perasmian Hari Inovasi PDRM dan Penutupan Peringatan Hari Polis Tahun 2013 yang ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/inovasi-pemangkin-keselamatan-dan-kesejahteraan-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:52 MYT
Oleh: L/Kpl Muhammad Iqtar Bin Azmi

Sungai Petani, 25 Jun 2013 - YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara berbesar hati menghadiri Perasmian Hari Inovasi PDRM dan Penutupan Peringatan Hari Polis Tahun 2013 yang berlangsung di SMK IBRAHIM, Sungai Petani, Kedah hari ini.

"Majlis hari ini merupakan platform kepada PDRM untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan dan prestasi jabatan dalam PDRM bagi menjuarai aktiviti-aktiviti berasaskan kualiti dan inovasi di dalam organisasi." - YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara-

Ini membuktikan bahawa PDRM sentiasa selari dengan Program Transformasi Negara (GTP) yang menjadikan inovasi sebagai agenda utama negara melalui program-program yang telah dirancang agar dapat melahirkan sebuah komuniti yang kreatif dan berdaya saing.

Beliau turut melahirkan rasa bangga terhadap beberapa kejayaan Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) PDRM apabila dianugerahkan Anugerah Emas di peringkat Wilayah Selatan serta 4 kumpulan KIK PDRM berjaya didaftarkan dalam Hub Inovasi Sektor Awam (HISA) dengan dikawal selia oleh pihak MAMPU melalui beberapa projek yang pernah di pertandingkan.

Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia yang memperoleh 5 bintang melalui Malaysia Goverment Portals and Websites Assesment (MGPWA) dan Multimedia Development Corporation (MDEC) juga menjadi salah satu kebanggaan PDRM kerana kejayaan tersebut merupakan kejayaan berganda PDRM apabila sekali lagi mendapat pengiktirafan yang sama pada tahun 2011.

Bertemakan "Inovasi Pemangkin Keselamatan dan Kesejahteraan Masyarakat" amat bertepatan dengan hasrat negara yang sentiasa mahu PDRM menjadi sebuah Pasukan keselamatan Negara yang efektif dari aspek penyampaian kepada masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah agar persekitaran yang selamat dan terjamin dapat dikekalkan.

Dalam majlis yang sama, YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara turut menyempurnakan pelancaran "Program Pencegahan Jenayah Dan Pemantauan Tingkah Laku Pelajar (SPPTP)".

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Ucapan Alu-aluan oleh YDH DCP Dato' Ahmad Bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah.

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Ucapan Perasmian oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Sesi perasmian Hari Inovasi PDM 2013.

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Gimik Pelancaran Program Pencegahan Jenayah Dan Pemantauan Tingkah Laku Pelajar (SPPTP).

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Persembahan tempur bersenjata.

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Persembahan kawad kaki kadet sekolah.

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Persembahan pancaragam sekolah.

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Demostrasi D9.

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara.

Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Inovasi Pemangkin Keselamatan Dan Kesejahteraan Masyarakat
Sekitar ruang pameran.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM