Oleh : L/Kpl Muhammad Iqtar bin Azmi
INOVASI EFEKTIF MENGUKUH TRANSFORMASI
Sungai Petani, 24 Jun 2013 - "Sekiranya kita komited untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan melalui transformasi atau perubahan khususnya dalam sistem penyampaian yang lebih inovatif secara berterusan, kita pasti berjaya mencari kelainan dan pembaharuan bagi memantapkan sistem penyampaian PDRM".
Demikian antara petikan kata-kata semangat yang dilontarkan oleh YDH DCP Dato' Ahmad Bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah dalam ucapannya di Majlis Perasmian Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif PDRM Tahun 2013 hari ini.
Bertemakan "Inovasi Efektif Mengukuh Transformasi" menzahirkan bahawa PDRM begitu komited mencetuskan satu anjakan prestasi dan budaya kerja yang efisyen terutamanya dalam bidang-bidang kritikal supaya lebih efektif.
Cinta Sayang Resort Sungai Petani, Kedah, menyaksikan kehadiran 12 pasukan terpilih berentap merebut gelaran juara dengan mempersembahkan pelbagai idea inovasi yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu Pengurusan dan Teknikal.
Ini sejajar dengan program transformasi kerajaan (GTP) dalam merealisasikan agenda inovasi negara yang berteraskan inovasi dan kreatif selain membina sifat daya saing yang sihat dalam mengenengahkan idea-idea yang bermanfaat.
Dalam ucapan perasmian beliau turut merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di atas kesudian pihak-pihak tersebut berkongsi kepakaran dari segi penilaian sepanjang menjayakan program.

Ketibaan YDH DCP Dato' Ahmad Bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah


Bacaan Doa

Ucapan Aluan aluan oleh YDH Dato' Zainal Abidin Bin Kasim, Ketua Urusetia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan) Bukit Aman.

Ucapan Perasmian oleh YDH DCP Dato' Ahmad Bin Ibrahim, Ketua Polis Kedah

Penyampaian Cenderahati Kenangan




Antara peserta-peserta yang mengambil bahagian

Nyanyian lagu Negaraku

Kumpulan Top Gear daripada Bahagian Pengangkutan Jabatan Logistik Bukit Aman


Demo kumpulan Top Gear daripada Bahagian Pengangkutan Jabatan Logistik Bukit Aman

Kumpulan Go Maxx daripada Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

Demo daripada Kumpulan Go Maxx daripada Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

Kumpulan Trans4 Easy daripada Jabatan Logistik, Bukit Aman


Demo kumpulan Trans4 Easy daripada Jabatan Logistik, Bukit Aman

Kumpulan Kiri Kanan Bukit daripada Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu


Demo dari Kumpulan Kiri Kanan Bukit daripada Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu

Kumpulan Bunga Api daripada Bahagian Persenjataan Bukit Aman


Demo dari Kumpulan Bunga Api daripada Bahagian Persenjataan Bukit Aman

Demo kumpulan Police Cyber daripada Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur


Demo kumpulan Police Cyber daripada Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

Kumpulan Smart Cop daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya


Demo dari Kumpulan Smart Cop daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya

Kumpulan KURA daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan


Demo dari Kumpulan KURA daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan

Kumpulan Northen Eagle daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang


Demo dari Kumpulan Northen Eagle daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

Kumpulan KROH daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu, Perak

Demo dari Kumpulan KROH daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Hulu, Perak

Kumpulan Sharktooth Shooter daripada Cawangan Persenjataan Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah


Demo dari Kumpulan Sharktooth Shooter daripada Cawangan Persenjataan Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah

Kumpulan Target daripada Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak


Demo dari Kumpulan Target daripada Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta, Perak
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Inovasi Efektif Mengukuh Transformasi
'Sekiranya kita komited untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan melalui transformasi atau perubahan khususnya dalam sistem penyampaian yang lebih inovatif secara berterusan, kita pasti berjaya mencar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/inovasi-efektif-mengukuh-transformasi
Scan to view the latest live version.