Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran

Diterbitkan: 12 Jun 2014 2.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pemberian sumbangan bungkusan hari raya ini adalah aktiviti Pergerakan Wanita UMNO Malaysia setiap tahun yang sentiasa mengatur inisiatif murni ini dengan menghulurkan sumbangan untuk petugas-petugas ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ingatan-kepada-petugas-di-hari-lebaran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:17 MYT

3,000 Warga PDRM Terima Sumbangan Daripada Wanita UMNO

Oleh: L/Kpl Irfan Bujang
Foto : Sjn Zaiddin Dahalan
         L/Kpl Mohd Shareel Shahriman


"...Sesungguhnya melalui perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan anggota pasukan keselamatan, ditambah pula dengan kekentalan semangat perjuangan tokoh politik dan nasionalis, serta kepimpinan negara yang dinamik, mantap dan berwawasan, juga rakyat yang memiliki semangat yang tinggi, akhirnya telah memerdekakan negara yang kita cintai ini, dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk meletakkannya pula dalam keadaan yang aman, damai dan sejahtera.." - Ketua Polis Negara


KUALA LUMPUR, 7 Ogos
 - "Tradisi memberi sumbangan bungkusan hari raya ini oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia telah berlangsung begitu lama dan ianya sudah bertaut menjadi satu budaya yang murni serta menjadi teras pertalian silaturahim di antara pasukan keselamatan, selain daripada berperanan sebagai srikandi negara dalam meniup semangat juang kami demi pertiwi," ujar YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Jalinan Ramadhan Bersama Pasukan Beruniform Anjuran Pergerakan Wanita UMNO Malaysia di Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.


Pemberian sumbangan bungkusan hari raya ini adalah aktiviti Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang menjangkau 33 tahun, sentiasa mengatur inisiatif murni ini dengan menghulurkan sumbangan untuk petugas-petugas keselamatan yang berkhidmat ketika musim perayaan.


Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan sumbangan berupa bungkusan makanan hari raya ini akan diagihkan kepada 3 ribu warga PDRM dari pelbagai cawangan yang bertugas semasa hari raya nanti.


Turut hadir pada hari ini, Y.Bhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar,  Panglima Tentera Tentera Laut Malaysia, Y.Bhg Dato' Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Y.Bhg Dato' Sulaiman Haji Keling, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hajah Kamilia binti Dato' Haji Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Pengarah-pengarah PDRM, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Presiden Persatuan Polis Malaysia, Presiden Persatuan Vateran Tentera Melayu Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta jemputan-jemputan khas.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Nyanyian lagu Negaraku.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Bacaan doa.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Antara yang hadir.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Antara yang hadir.


Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Antara yang hadir.


Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Antara yang hadir.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Antara yang hadir.


Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Ucapan oleh Y.Bhg Dato' Hjh Kamilia Dato' Hj Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara memberikan ucapan.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Y.Bhg Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia ketika memberi ucapan.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
YDH Ketua Polis Negara mewakili PDRM menerima sumbangan.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Y.Bhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Bin Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut mewakili Angkatan Tentera Malaysia.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Y.A.S Dato' Wan Mohd Nor Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Y.A.S Dato' Sulaiman Bin Haji Keling, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Antara Balu-Balu PDRM yang menerima sumbangan.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Antara Balu-Balu PDRM yang menerima sumbangan.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
YDH Ketua Polis Negara meneri cenderahati daripada Y.Bhg Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Y.Bhg Puan Sri Datin Seri Suriati Md. Nor turut menerima cenderahati.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara turut menerima cenderahati.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Pergerakan Wanita UMNO bergambar kenangan bersama Pemimpin-pemimpin Pasukan Keselamatan Malaysia.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Bungkusan Raya yang diterima.

Ingatan Kepada Petugas Di Hari Lebaran
Gambar kenangan.


ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 2.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM