
Article
Infobersama Posting Pilihan Tak Semua Di Media Sosial Sesuai Untuk Kanak Kanak
Apa yang bermula dengan satu klik boleh membawa kepada kandungan yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak.
Ibu bapa diingatkan agar sentiasa memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak serta mengetahui kandungan yang mereka akses di alam maya.
Kandungan ganas, unsur eksploitasi, buli siber, cabaran berisiko dan interaksi dengan individu tidak dikenali merupakan antara ancaman yang boleh memberi kesan negatif terhadap emosi, tingkah laku dan keselamatan kanak-kanak.
Luangkan masa untuk berbincang dengan anak-anak mengenai penggunaan internet secara selamat, tetapkan had penggunaan peranti dan manfaatkan ciri kawalan ibu bapa bagi memastikan mereka terlindung daripada risiko dalam talian.
Kesedaran dan pemantauan berterusan daripada ibu bapa mampu membantu mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat untuk anak-anak.