
Article
Infobersama Keratan Akhbar Pilihan Tiada Aktiviti Jual Organ Dalam Negara
Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan, Dr. Hasdy Haron berkata, di Malaysia, banyak kes penjualan organ telah dilaporkan, namun siasatan polis be...
Shah Alam, 4 Mei 2023 - Kegiatan haram penjualan organ tidak wujud di negara ini kerana aktiviti pemindahan organ dikawal rapi oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), sebaliknya pengkomersialannya hanya dilaporkan berlaku di luar negara.
“Kekurangan penderma organ menyebabkan terdapat tanggapan wujudnya kegiatan pasaran gelap penjualan organ untuk dibeli dalam kalangan individu yang memerlukannya. Namun, tiada aktiviti sebegitu di negara ini.
“Malaysia telah menandatangani "The Declaration of Istanbul on Organ Traficking and Tourism Transplant" pada 2008 iaitu organ untuk transplantasi perlu diagihkan secara saksama dan komersialisasi transplantasi organ dilarang," katanya kepada Kosmo.
Ikuti kupusan lanjut oleh Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan, Dr. Hasdy berkenaan pemindahan organ di Malaysia menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.