Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Infobersama Keratan Akhbar Pilihan Tiada Aktiviti Jual Organ Dalam Negara

Diterbitkan: 04 May 2023 3.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan, Dr. Hasdy Haron berkata, di Malaysia, banyak kes penjualan organ telah dilaporkan, namun siasatan polis berakhir dengan tiada kegiatan itu berlaku di negara ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/infobersama-keratan-akhbar-pilihan-tiada-aktiviti-jual-organ-dalam-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:12 MYT
Shah Alam, 4 Mei 2023 - Kegiatan haram penjualan organ tidak wujud di negara ini kerana aktiviti pemindahan organ dikawal rapi oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), sebaliknya pengkomersialannya hanya dilaporkan berlaku di luar negara.

Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan, Dr. Hasdy Haron berkata, di Malaysia, banyak kes penjualan organ telah dilaporkan, namun siasatan polis berakhir dengan tiada kegiatan itu berlaku di negara ini.

“Kekurangan penderma organ menyebabkan terdapat tanggapan wujudnya kegiatan pasaran gelap penjualan organ untuk dibeli dalam kalangan individu yang memerlukannya. Namun, tiada aktiviti sebegitu di negara ini.

“Malaysia telah menandatangani "The Declaration of Istanbul on Organ Traficking and Tourism Transplant" pada 2008 iaitu organ untuk transplantasi perlu diagihkan secara saksama dan komersialisasi transplantasi organ dilarang," katanya kepada Kosmo.

Ikuti kupusan lanjut oleh Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan, Dr. Hasdy berkenaan pemindahan organ di Malaysia menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 9 people, slow loris and text that says 'SHAH ALAM Penerima organ tidak didahulukan kepada orang kaya atau berpangkat sahaja Tiada aktiv
ArtikelDiterbitkan 04 May 2023 3.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM