
Artikel
Infobersama Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Waspada Transaksi Wifi Awam
Kuala Lumpur, 17 Jun 2022 - Pengguna dalam talian yang menggunakan e-dompet dan kaedah e-pembayaran lain sangat dinasihatkan supaya tidak menjalankan transaksi...
Kuala Lumpur, 17 Jun 2022 - Pengguna dalam talian yang menggunakan e-dompet dan kaedah e-pembayaran lain sangat dinasihatkan supaya tidak menjalankan transaksi melalui sambungan WiFi awam.
Ketua Pembangunan Kriptografi CyberSecurity Malaysia, Encik Hazlin Abdul Rani berkata, ancaman dan serangan daripada penggodam berlaku menerusi WiFi awam yang tidak selamat menyebabkan data peribadi dan mungkin semua maklumat akaun serta kelayakan log masuk boleh diakses semasa proses transaksi. Beliau turut menasihatkan untuk lebih berwaspada mengenai kemungkinan penyerang menyamar sebagai rangkaian WiFi awam yang sah.
"Sebagai contoh, jika anda berada di lapangan terbang, nama WiFi adalah 'Lapangan Terbang ABC' namun penyerang itu mencipta WiFi dengan nama ‘Lapangan Terbang ABC1' atau menukar huruf besar kepada huruf kecil WiFi tersebut untuk membuat anda percaya yang anda menggunakan WiFi yang sah. Kekeliruan ini boleh mengheret pengguna terjerumus ke dalam perangkap mereka.
"Oleh itu, berhati-hati dan elak guna WiFi awam. Sebaliknya, gunakan sambungan rangkaian selamat yang mempunyai kata laluan," katanya dalam perbincangan panel maya yang dianjurkan oleh Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), bertajuk #iEMPOWER: e-Dompet-Menerima Transformasi Tanpa Tunai.
Mengulas lanjut, Encik Hazlin berkata, pengguna perlu berhati-hati dengan serangan kejuruteraan sosial yang menyasarkan mereka melalui panggilan telefon, mesej pada peranti mudah alih dan e-mel dengan perisian berniat jahat yang dilampirkan (perisian hasad).
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.