Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Infobersama Keratan Akhbar Pilihan Kaki Judi Cepat Panas Baran Bertindak Luar Dugaan

Published: 12 Jun 2022 2.32 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pakar Psikologi, Profesor Dr. Fauziah Mohd Saad berkata, ketagihan berjudi boleh menyebabkan fungsi atau bahan kimia dalam otak individu terbabit yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya seperti manusia yang menjalani kehidupan sihat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/infobersama-keratan-akhbar-pilihan-kaki-judi-cepat-panas-baran-bertindak-luar-dugaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:31 MYT
Petaling Jaya, 12 Jun 2022 - Kesan ketagihan bermain judi online menerusi telefon bimbit terhadap kaki judi mampu membuatkan individu terbabit bertindak di luar jangkaan dan sanggup melakukan apa sahaja selain mudah marah serta cepat panas baran.

Pakar Psikologi, Profesor Dr. Fauziah Mohd Saad berkata, ketagihan berjudi boleh menyebabkan fungsi atau bahan kimia dalam otak individu terbabit yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya seperti manusia yang menjalani kehidupan sihat.

"Berjudi online ini sama seperti orang yang bermain permainan online di telefon bimbit. Pada peringkat awalnya mungkin tiada sebarang masalah, tapi sekiranya bermain lebih daripada tempoh enam jam lamanya, mungkin akan menimbulkan masalah.

"Orang berjudi walaupun banyak kali kalah dan hilang wang pertaruhan, mereka tetap juga akan berjudi, maknanya ada sesuatu yang telah mengganggu pemikiran mereka," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of 1 person and text that says 'Kesan ke- kaki 'Berjudi online yang PETALING JAYA bermain bimbit mampu membuatka terbabit bertindak me
ArticlePublished 12 Jun 2022 2.32 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM