Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Info Balai Balai Polis Rompin Negeri Sembilan

Diterbitkan: 02 Aug 2020 11.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Balai Polis Rompin, Negeri Sembilan telah dibina pada tahun 1982 dan terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/info-balai-balai-polis-rompin-negeri-sembilan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:37 MYT

Balai Polis Rompin, Negeri Sembilan telah dibina pada tahun 1982 dan terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Balai yang mempunyai keluasan kawasan pentadbiran 307 kilometer persegi itu telah beroperasi sepenuhnya sejak tahun 1984 lagi dengan kebanyakannya meliputi perkampungan FELDA, perumahan awam dan perladangan.

Selain itu, penugasan balai berkenaan turut mendapat sokongan kekuatan dari dua buah Pondok Polis iaitu Pondok Polis Palong 2 dan Pondok Polis Palong 4 yang terletak dalam daerah sama.

Kini, ia diketuai oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar dengan dibantu seramai 18 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: text that says 'INFO BALAI PDRM BALAI POLIS ROMPIN, SEMBILAN Polis Rompin, dan terletak Daerah empol. Sembilan bawah pentadbiran BAA tah
ArtikelDiterbitkan 02 Aug 2020 11.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM