Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Individu Disiasat Tipu Jualan Telefon Bimbit Secara Online

Published: 17 Aug 2014 12.35 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang warga Thai ditahan kerana dipercayai membuat penipuan penjualan telefon bimbit secara dalam talian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/individu-disiasat-tipu-jualan-telefon-bimbit-secara-online
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:48 MYT
Kangar, 17 Ogos - Seorang warga Thai ditahan kerana dipercayai membuat penipuan penjualan telefon bimbit secara dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Perlis, Supt Tengku Zailan Tengku Ahmad Shah berkata suspek didakwa mengiklankan penjualan itu menerusi Facebook. Bagaimanapun kes itu masih disiasat lanjut, katanya.

Beliau berkata lelaki tersebut adalah antara tujuh yang diberkas dalam Ops Cantas Khas yang dilancarkan 11 Ogos lalu hingga malam tadi.

Mereka yang berumur antara 20-an hingga 40-an didapati melakuan jenayah samun, komersial dan narkotik.

Dalam operasi lima hari itu sebanyak 378 orang, 256 motosikal, 280 kereta dan 90 bas, lori dan van diperiksa dengan 31 saman trafik dikeluarkan, 1,761 DVD haram dirampas serta beberapa gram heroin dan syabu, katanya.- BERNAMA
ArticlePublished 17 Aug 2014 12.35 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM