Op
Cantas Khas yang masuk hari ke-80 semalam, menunjukkan kejayaan dalam
usaha membanteras jenayah apabila indeks jenayah keseluruhan menurun 6.6
peratus.
Indeks
jenayah keseluruhan antara lain menyaksikan penurunan jenayah kekerasan
membabitkan kes bunuh, samun tanpa senjata, samun bersenjata dan samun
bersenjata api serta jenayah harta benda, iaitu kes pecah rumah, ragut
dan curi kenderaan.
Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit
Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata fokus utama Op Cantas Khas yang
dilancarkan 17 Ogos lalu adalah untuk menurunkan jenayah kekerasan serta
jenayah harta benda yang jelas menunjukkan kesan positif apabila
masing-masing menurun 11.3 dan 6.7 peratus.

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Indeks Jenayah Turun 6 6 Peratus
Op Cantas Khas yang masuk hari ke-80 semalam, menunjukkan kejayaan dalam usaha membanteras jenayah apabila indeks jenayah keseluruhan menurun 6.6 peratus...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-turun-6-6-peratus
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.