Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Indeks Jenayah Turun 6 6 Peratus

Diterbitkan: 18 Jun 2014 3.17 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.38 PM
Op Cantas Khas yang masuk hari ke-80 semalam, menunjukkan kejayaan dalam usaha membanteras jenayah apabila indeks jenayah keseluruhan menurun 6.6 peratus...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-turun-6-6-peratus
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:22 MYT

Op Cantas Khas yang masuk hari ke-80 semalam, menunjukkan kejayaan dalam usaha membanteras jenayah apabila indeks jenayah keseluruhan menurun 6.6 peratus.

Indeks jenayah keseluruhan antara lain menyaksikan penurunan jenayah kekerasan membabitkan kes bunuh, samun tanpa senjata, samun bersenjata dan samun bersenjata api serta jenayah harta benda, iaitu kes pecah rumah, ragut dan curi kenderaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata fokus utama Op Cantas Khas yang dilancarkan 17 Ogos lalu adalah untuk menurunkan jenayah kekerasan serta jenayah harta benda yang jelas menunjukkan kesan positif apabila masing-masing menurun 11.3 dan 6.7 peratus.

Indeks Jenayah Turun 6 6 Peratus

Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 3.17 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.38 PM