Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Indeks Jenayah Pulau Pinang Turun 14 6 Peratus

Published: 19 Jun 2014 3.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 18 Mac - Indeks jenayah di Pulau Pinang turun sebanyak 14.6 peratus dalam tempoh Januari hingga semalam berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanaf..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-pulau-pinang-turun-14-6-peratus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:51 MYT

George Town, 18 Mac - Indeks jenayah di Pulau Pinang turun sebanyak 14.6 peratus dalam tempoh Januari hingga semalam berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata sebanyak 270 kes direkodkan dalam tempoh tersebut tahun ini berbanding 316 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Peningkatan jenayah hanya melibatkan daerah Timur Laut iaitu sebanyak tiga kes manakala indeks di empat daerah lain iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Barat Daya menurun, katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan bersama petugas Op Bayan di sini hari ini.

Beliau berkata penurunan indeks jenayah itu adalah hasil operasi cegah jenayah berterusan secara taktikal yang dijalankan di peringkat daerah dan semua balai dibantu 128 petugas Op Bayan.

Abdul Rahim berkata pihaknya telah mengenal pasti 10 lokasi panas di negeri ini dan menempatkan 10 hingga 15 petugas Op Bayan bagi memantau trend harian jenayah.

Op Bayan yang ditubuhkan sejak 2010 dan turut melibatkan Pasukan Gerakan Am berjaya menahan 179 orang termasuk 25 wanita atas pelbagai kesalahan di negeri ini sehingga tahun lepas.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM