Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Indeks Jenayah Perak Turun 5 5 Peratus

Published: 04 Aug 2018 8.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Teluk Intan, 4 Ogos 2018 - Indeks jenayah di seluruh negeri menurun hingga 5.5 peratus setakat Julai tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-perak-turun-5-5-peratus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:36 MYT

Teluk Intan, 4 Ogos 2018 - Indeks jenayah di seluruh negeri menurun hingga 5.5 peratus setakat Julai tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, antara faktor penyumbang terbesar adalah kerjasama yang semakin erat dengan masyarakat sehingga membolehkan maklumat disalurkan dengan baik.

“Tahap kesedaran orang ramai meningkat dalam memberikan maklumat berhubung jenayah, tangkapan dadah dan permasalahan lain di kawasan mereka. Ini menunjukkan masyarakat setuju dengan apa yang kita laksanakan dan mereka tahu apabila salurkan maklumat kepada polis, kehidupan akan lebih selamat dan terjamin.

“Itu sebab kesedaran masyarakat membantu kita dari segi menyalurkan maklumat kini meningkat. Hasilnya kini kadar jenayah negeri dapat terus diturunkan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Himpunan Bulanan di Pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini semalam.

Sementara itu dalam ucapannya, Hasnan berkata, kemahiran bahasa Inggeris harus dikuasai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada semua peringkat bagi melonjakkan kecemerlangan masing-masing ke peringkat tertinggi, seiring era globalisasi masa kini dan menjadikan perkhidmatanpolis sebuah perkhidmatan moden.

“Penggunaan bahasa Inggeris seperti dalam mesyuarat, tugas harian dan sebagainya turut digalakkan bagi mempercepatkan proses pembelajaran.

“Malah Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) juga telah mengarahkan agar diadakan ujian bahasa Inggeris kepada pegawai tertinggi PDRM kerana ini merupakan bahasa kedua digunakan dalam negara kita dan kebanyakan negara lain,” katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 04 Aug 2018 8.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM