Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Indeks Jenayah Di Kedah Turun Bagi Tempoh Jan Feb 2014

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 25 Mac - Indeks jenayah di Kedah mencatat penurunan 9.99 peratus atau 161 kes bagi tempoh Januari hingga Februari lepas berbanding tempoh sama pada 2013...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-di-kedah-turun-bagi-tempoh-jan-feb-2014
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:58 MYT

Alor Setar, 25 Mac - Indeks jenayah di Kedah mencatat penurunan 9.99 peratus atau 161 kes bagi tempoh Januari hingga Februari lepas berbanding tempoh sama pada 2013.

Penolong Ketua Polis Kedah Datuk Zaleha Abdul Rahman berkata dalam tempoh itu, sejumlah 1,450 kes dicatatkan berbanding 1,611 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

"Daripada 1,450 kes itu, 555 kes berjaya diselesaikan dan ini menunjukkan trend penurunan terhadap indeks jenayah di Kedah," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Polis ke-207 di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah di sini hari ini.

Zaleha juga berkata pada tahun ini pihaknya akan menjalankan program membanteras gejala rasuah bersempena 'Kempen Tolak Rasuah'.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harrith Kam Abdullah menasihatkan penduduknya supaya mematuhi undang-undang jalan raya, agar ia menjadi teladan yang baik kepada pelancong yang berkunjung ke pulau peranginan itu.

Beliau berkata kadar kemalangan membabitkan pelancong asing sejak kebelakangan ini meningkat berikutan mereka tidak mematuhi aspek-aspek keselamatan jalan raya terutama pemakaian topi keledar.

"Ketika anggota polis menahan pelancong asing yang tidak memakai topi keledar, mereka merujuk kepada penduduk tempatan yang melakukan kesalahan sama," katanya dalam sidang media selepas Sambutan Hari Polis ke-207 di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini hari ini.

Sumber :
BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM