Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Indeks Jenayah Daerah Kota Kinabalu Turun 9 8 Peratus

Published: 19 Jun 2014 3.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 25 Mac - Indeks jenayah di Kota Kinabalu turun 9.8 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/indeks-jenayah-daerah-kota-kinabalu-turun-9-8-peratus
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:07 MYT

Kota Kinabalu, 25 Mac - Indeks jenayah di Kota Kinabalu turun 9.8 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun.

Beliau berkata ini berikutan usaha berterusan dari segi pencegahan dan risikan serta maklumat orang ramai sehingga membolehkan polis menangkap penjenayah dan menumpaskan beberapa sindiket di sekitar bandar raya ini.

"Sepanjang Mac ini, polis berjaya menangkap beberapa individu yang terlibat dalam beberapa sindiket termasuk sindiket curi motorsikal, pecah rumah dan ragut," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan sempena sambutan hari polis ke-207 peringkat daerah Kota Kinabalu di Karamunsing di sini hari ini.

Jauteh berkata polis turut menjalankan rondaan dan pemantauan keselamatan di kawasan-kawasan yang baharu diwujudkan termasuk kawasan perumahan, taman rekreasi dan kawasan yang melibatkan aktiviti masyarakat.

Beliau berkata kerjasama orang ramai dan media yang menyampaikan dan menyebarkan maklumat antara faktor penting dalam menwujudkan komuniti sejahtera.

Pada majlis itu, beberapa anggota polis menerima sijil penghargaan termasuk 18 pengamal media di negeri ini.

Sumber :
BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 3.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM