Indeks Jenayah Daerah Barat Daya Menurun 6 8 Peratus Bagi Ta
Balik
Pulau, 23 Jan - Indeks jenayah di daerah Barat Daya menurun sebanyak
6.8 peratus pada tahun lepas ke 844 kes berbanding 907 kes pada tahun
2012.
Ketua
Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata tahun 2013
menyaksikan penurunan sebanyak 63 kes terutamanya di kawasan Bayan Lepas
dan Bayan Baru.
Penurunan
indeks jenayah ke tahap itu adalah atas kerjasama orang awam dengan
pihak polis serta usaha polis meningkatkan rondaan dan penempatan
anggota di kawasan panas, katanya ketika berucap di majlis latihan kawat
sempena pesaraan beliau Isnin depan, di Ibu Pejabat Daerah Barat Daya.
Mohd
Hatta yang telah berkhidmat selama 37 tahun dengan pasukan Polis Diraja
Malaysia (PDRM), mula berkhidmat sebagai pegawai kanan polis pada 3
Julai 1977 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur serta memegang pelbagai
jawatan bermula sebagai pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
Sungai Petani, Kulim dan Butterworth.
Beliau
kemudian dinaikkan pangkat Asisten Supritenden Polis (ASP) pada 26
Julai 1989 kemudian sebagai pegawai pendakwa JSJ Seberang Perai Utara
sebelum ditukar ke Unit Risikan Jenayah D4, Pegawai Turus D4, Pegawai
Turus D7 di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Pulau Pinang.
Mohd
Hatta juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Turus Perkhidmatan
Perjawatan di IPK Perak dan pada Mei 2000 beliau dinaikkan pangkat
kepada Timbalan Penguasa polis dan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah
Kulim.
Beliau
kemudian ditukar ke jawatan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Kuala Muda
Kedah dan pada 16 Ogos 2006, sebelum memegang jawatan sebagai Ketua
Polis Daerah Darat Daya.
Sumber : BERNAMA