Kuala Lumpur, 27 Mac - Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) dengan kerjasama Masjid Bukit Aman berjaya menganjurkan Seminar Keluarga Bahagia siri 1 bertemakan “Indahnya Mengikut Syariat” yang berlangsung di Masjid Bukit Aman pagi tadi.
Seminar yang bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan agama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya dalam menjalankan tanggungjawab keluarga mengikut ajaran Islam di samping memberikan kesedaran serta mengingatkan kembali peranan bersama dalam melestarikan impian sebuah institusi kekeluargaan yang berlandaskan syariah Islam.
Selain itu, seminar ini juga dilihat sebagai persiapan setiap warga PDRM menghadapi cabaran rumah tanga masa kini yang semakin mencabar dan kompleks seterusnya memberi impak kepada mutu perkhidmatan dalam pasukan.
Antara penceramah yang dijemput khas, Y.Bhg Dr. Rubiah Binti K. Hamzah telah mengupas isu kesetiaan pasangan suami isteri serta kepentingan kesetiaan dalam melayari alam rumah tangga manakala Y.Bhg Ketua Penolong Pengarah , Jabatan Agama Islam Selangor, Suhaimi Bin Ahmad Wakid menyampaikan ceramah bertajuk “ Solat Benteng Diri dan Keluarga” sebuah isu klasik tetapi sebenarnya memainkan peranan besar dalam membina institusi keluarga yang bahagia dan harmoni.
Turut hadir dalam seminar tersebut ialah YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Y.Bhg Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP), Puan Sri Datin Sri Imran bt Ibrahim, barisan Pengarah serta warga kerja PDRM.
Ketibaan YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara
Bacaan Doa.
Y.Bhg Dr. Rubiah Binti K. Hamzah menyampaikan ceramah
Y.Bhg Suhaimi Bin Ahmad Wakid Ketua Penolong Pengarah , Jabatan Agama Islam Selangor menyampaikan ceramah
Sepanjang sesi ceramah berlangsung.
Sesi penyampaian cenderamata.
Bergambar kenangan.