Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ilmu Dan Integriti Tunjang Profesionalisme Kpn

Published: 22 Jun 2026 2.15 PM Updated: 15 Aug 2026 6.55 PM
Shah Alam, 22 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, peningkatan kompetensi serta penghayatan nilai integriti merupakan elemen teras dalam memperkukuh profesionalisme dan membentuk jati diri warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berwibawa serta terus diyakini masyarakat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ilmu-dan-integriti-tunjang-profesionalisme-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:58 MYT
Shah Alam, 22 Jun 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, peningkatan kompetensi serta penghayatan nilai integriti merupakan elemen teras dalam memperkukuh profesionalisme dan membentuk jati diri warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berwibawa serta terus diyakini masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena lawatan kerja rasmi beliau bersama isteri yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pagi tadi.

Dalam amanatnya, Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid berkata, seiring dengan perkembangan landskap keselamatan yang semakin kompleks dan dinamik, setiap warga PDRM perlu sentiasa memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran baharu, khususnya dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi digital bagi meningkatkan keupayaan penyiasatan, pencegahan jenayah serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Menurut beliau, kecanggihan teknologi dan kemahiran profesional perlu diseimbangkan dengan pengamalan integriti yang tinggi bagi memastikan setiap tindakan serta keputusan sentiasa berpaksikan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan amanah.

“Uniform yang kita pakai ini menuntut kita untuk mempamerkan integriti dalam penugasan harian. Kita perlu sentiasa saling mengingatkan ketika melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Jagalah diri dan jagalah pasukan,” tambah beliau.

Terdahulu, beliau menghadiri sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar berhubung pencapaian, cabaran semasa serta hala tuju operasi dan pentadbiran kontinjen di Bilik Mesyuarat GTR, sebelum meneruskan perjumpaan bersama warga IPK Selangor di Dewan D’Cerana.

Dalam lawatan yang sama, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah yang diiringi Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, Datin Rozana Kasbon mengadakan sesi ramah mesra bersama warga PERKEP Kontinjen Selangor di Auditorium Menara 1, IPK Selangor. Beliau turut mendengar taklimat mengenai pengurusan dan disiplin kewangan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Amanah Ikhtiar Malaysia, Tuan Hj. Jani Izwandy Che Jan.

Turut hadir, Timbalan KP Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Selangor, Puan Zurim Md Khalid dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali.

Jurugambar: Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

May be an image of dais and text

May be an image of ‎one or more people and ‎text that says '‎分 製 RAMIZ עים 3‎'‎‎

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of clarinet and crowd
ArticlePublished 22 Jun 2026 2.15 PMUpdated 15 Aug 2026 6.55 PM