Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Santuni Warga Ipk Selangor

Diterbitkan: 22 Jun 2026 2.23 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.51 PM
Shah Alam, 22 Jun 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjadi keutamaan apabila Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose hari ini mengadakan lawatan kebajikan dengan menziarahi dan menyantuni warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang berdepan masalah kesihatan serta penyakit kronik.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-pengerusi-perkep-malaysia-santuni-warga-ipk-selangor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:24 MYT
Shah Alam, 22 Jun 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjadi keutamaan apabila Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose hari ini mengadakan lawatan kebajikan dengan menziarahi dan menyantuni warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang berdepan masalah kesihatan serta penyakit kronik.

Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid dan isteri yang diiringi Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar bersama Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, Datin Rozana Kasbon telah menziarahi Koperal Amirul Azizan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang mengalami strok ketika sedang bertugas pada tahun 2023 dan kini terlantar akibat lumpuh seluruh badan.

Beliau kemudiannya meneruskan lawatan ke kediaman Dhiya Arya Mikayla Muhammad Nur Ikmal, anak kepada Konstabel Muhammad Nur Ikmal Rosdi dari IPK Selangor yang disahkan menghidap kanser otak tahap 2 dan kini sedang menjalani rawatan serta pemantauan rapi di hospital.

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid dan isteri telah menyampaikan sumbangan wang tunai serta bakul buah-buahan kepada kedua-dua buah keluarga tersebut sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung, di samping memberikan kata-kata semangat agar terus tabah dan cekal menghadapi ujian.

Lawatan kebajikan ini mencerminkan komitmen berterusan pucuk pimpinan PDRM dan PERKEP Malaysia dalam memastikan kebajikan warga pasukan sentiasa diberi perhatian, sekali gus memperkukuh semangat kekeluargaan serta nilai kebersamaan dalam institusi PDRM.

Turut hadir, Timbalan KP Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Selangor, Puan Zurim Md Khalid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali serta pegawai-pegawai kanan polis.

Jurugambar: Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim
 

May be an image of dais, hospital and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, dais, hospital and text

May be an image of one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 22 Jun 2026 2.23 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.51 PM