Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ibu Maut Anak Parah Dalam Nahas Ketika Tunggang Motosikal Ke Sekolah

Published: 07 Mar 2016 8.22 AM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Sik, 7 Mac- Seorang ibu maut manakala anak perempuannya patah kaki kiri selepas motosikal mereka berlanggar dengan sebuah kereta di Charuk Malau, Batu 5 di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ibu-maut-anak-parah-dalam-nahas-ketika-tunggang-motosikal-ke-sekolah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:27 MYT

Sik, 7 Mac- Seorang ibu maut manakala anak perempuannya patah kaki kiri selepas motosikal mereka berlanggar dengan sebuah kereta di Charuk Malau, Batu 5 di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika Norazilah Md Saad, 38, yang bekerja sebagai operator kilang mahu menghantar anaknya Siti Nur Humairah Yasak, 14, ke Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lima.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal anak-beranak itu yang datang dari arah Batu 8 menuju Batu 5 berlanggar dengan sebuah kereta yang keluar dari simpang jalan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik begitu juga dengan anaknya.- BERNAMA

ArticlePublished 07 Mar 2016 8.22 AMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM