Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ibu Kelar Anak Ke Hospital Bahagia

Diterbitkan: 09 Dec 2015 4.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sungai Petani - Mahkamah Majistret semalam, memerintahkan seorang suri rumah yang mengelar dua anak lelakinya sehingga mati di sini minggu lalu, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak, bagi tempoh 30 hari bagi pemerhatian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ibu-kelar-anak-ke-hospital-bahagia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:50 MYT


Sungai Petani - Mahkamah Majistret semalam, memerintahkan seorang suri rumah yang mengelar dua anak lelakinya sehingga mati di sini minggu lalu, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak, bagi tempoh 30 hari bagi pemerhatian.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun ke atas Saw Shok Kian, 35, susulan permohonan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farahdina Che Bakar, supaya tertuduh Shok Kian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, semalam atas tuduhan mengelar leher dua anaknya hingga mati di Taman Wira Indah.

Shok Kian dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Tee Cong Ming, 5 dan Tee Cong Shern, 2, di sebuah rumah bernombor 20, Lorong Wira Indah 11, Taman Wira Indah, dekat sini, antara jam 10 malam 30 November hingga 3 petang, pada 1 Disember lalu.

Sumber: Berita Harian

Ibu Kelar Anak Ke Hospital Bahagia

ArtikelDiterbitkan 09 Dec 2015 4.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM