Sungai Petani - Mahkamah Majistret semalam, memerintahkan seorang suri rumah yang mengelar dua anak lelakinya sehingga mati di sini minggu lalu, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak, bagi tempoh 30 hari bagi pemerhatian.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun ke atas Saw Shok Kian, 35, susulan permohonan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farahdina Che Bakar, supaya tertuduh Shok Kian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, semalam atas tuduhan mengelar leher dua anaknya hingga mati di Taman Wira Indah.