Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ibu Bersama Anak Perempuan Ditahan Disyaki Edar Dadah

Published: 09 Sep 2014 8.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua beranak yang menjadikan rumah sewa mereka sebagai pusat pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di Taman Permai Jaya dekat Sungkai, Jumaat lain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ibu-bersama-anak-perempuan-ditahan-disyaki-edar-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:58 MYT
Tapah. 9 Sept  - Dua beranak yang menjadikan rumah sewa mereka sebagai pusat pengedaran dadah ditahan dalam serbuan di Taman Permai Jaya dekat Sungkai, Jumaat lain.

Wanita berusia 54 tahun dan anak perempuannya yang berusia 19 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polls Daerah (IPD) Tapah pada pukul 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Som Sak Din Keliaw berkata, kedua beranak itu diberkas selepas pihak polis menemukan dua bungkusan plastik lutsinar dalam sebuah laci di bilik tidur utama rumah tersebut.

"Pemeriksaan di hadapan kedua-dua suspek mendapati setiap satu bungkusan itu mengandungi 100 dan 40 peket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis heroin katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Som Sak berkata, kedua-dua suspek yang aktif melakukan kegiatan tersebut sejak dua atau tiga bulan lalu dipercayai mengedar dadah di kawasan taman perumahan mereka.

"Kita percaya, dengan tertangkapnya kedua beranak ini, polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif di kawasan Sungkai" katanya.
Ibu Bersama Anak Perempuan Ditahan Disyaki Edar Dadah

Sumber: Utusan Malaysia
ArticlePublished 09 Sep 2014 8.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM