Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ibu Bapa Bakal Dikenakan Tindakan Benarkan Anak Tunggang Motosikal Tanpa Lesen

Published: 10 Jul 2015 1.41 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 10 Julai - Polis Terengganu akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ibu bapa dan penjaga yang membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ibu-bapa-bakal-dikenakan-tindakan-benarkan-anak-tunggang-motosikal-tanpa-lesen
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:08 MYT


Kuala Terengganu, 10 Julai - Polis Terengganu akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ibu bapa dan penjaga yang membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.

Ketua Polis Terengganu, Dato’ Rosli Ab Rahman berkata, mereka juga bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang jika melibatkan kemalangan maut.

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap ibu bapa yang cuai dan membiarkan anak mereka berdepan risiko menggunakan motosikal tanpa mematuhi peraturan ditetapkan.

"Kita dapati ramai remaja yang terdiri daripada pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti merempit dan golongan ini juga dikesan tidak memiliki lesen serta perlindungan insurans.

"Dari mana pelajar sekolah ini dapat duit untuk membeli motosikal jika bukan ibu bapa mereka kerana jika di usia begitu mereka tidak mampu untuk membeli motosikal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya ibu bapa perlu tahu anak-anak mereka ada ataupun tidak lesen memandu serta perlindungan insurans sebelum membenarkan mereka menunggang motosikal.

"Jika berlaku kemalangan sehingga menyebabkan kematian kita tidak akan teragak-agak menuduh mereka di bawah kecuaian jenayah kerana membiarkan anak mereka berbuat demikian," katanya.

Jelasnya langkah yang dilaksanakan ini bagi menyedarkan ibu bapa agar menitik berat soal keselamatan bukan sahaja melibatkan nyawa anak mereka tetapi pengguna jalan raya yang lain.

Rosli berkata pihak polis akan meningkatkan operasi dan telah mengenal pasti lokasi panas dan tempat kumpulan rempit ini berkumpul untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

"Kita harap para ibu bapa dapat mengawasi anak-anak mereka agar tidak terus terjebak dengan aktiviti merempit," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 10 Jul 2015 1.41 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM