Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Unit Selam Polis Marin Sarawak Ditempatkan Di Kuching Dan Bintulu

Diterbitkan: 10 Jul 2015 1.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuching, 10 Julai - Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 akan ditempatkan di dua lokasi iaitu PPM Kuching dan PPM Bintulu, kata Komander Polis Marin Bukit Aman, Dato’ Abd Aziz Yusof.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/unit-selam-polis-marin-sarawak-ditempatkan-di-kuching-dan-bintulu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:25 MYT


Kuching, 10 Julai - Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 akan ditempatkan di dua lokasi iaitu PPM Kuching dan PPM Bintulu, kata Komander Polis Marin Bukit Aman, Dato’ Abd Aziz Yusof.

Beliau berkata, unit berkenaan yang bertanggungjawab menjalankan segala operasi khas yang melibatkan tugasan selam ditempatkan di dua lokasi berkenaan supaya dapat memberi bantuan dengan cepat sekiranya berlaku sesuatu musibah.

"Selain membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR), pasukan penyelam ini juga akan membantu Jabatan Siasatan Jenayah bagi mendapatkan 'evidence and exhibits' sekiranya barang berkenaan dicampak atau dibuang ke laut, sungai, tasik dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Dialog dan Penyematan Lencana Penyelam di Sekolah Latihan Marin Markas PPM W5 hari ini.

Turut hadir Komander PPM Wilayah 5, ACP N. Kalai Chelvan.

Pada majlis itu, seramai 16 pegawai dan anggota yang telah berjaya menamatkan latihan menerima lencana dan sijil masing-masing.

Sementara itu, Abd Aziz berkata, sesi dialog yang diadakan hari ini bertujuan membincangkan sasaran PPM Wilayah 5 bagi suku kedua tahun ini serta memperbaiki perkhidmatan untuk menjaga keselamatan Sarawak secara maksimum.

Beliau berkata anggota dan aset PPM Wilayah 5 juga perlu ditambah bagi memantapkan lagi kekuatan pasukan PPM.

Pada masa ini, PPM Wilayah 5 mempunyai 250 anggota dan pegawai serta 25 aset bagi menjaga seluruh negeri.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2015 1.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM