Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Hubungan Baik Antara Polis Dan Masyarakat Pastikan Daerah Tangkak Sifar Jenayah

Published: 22 Dec 2017 7.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tangkak, 22 Disember 2017 - Sikap permuafakatan dan kerjasama erat di antara penduduk dengan jabatan berkaitan dipercayai menjadi penyumbang utama dalam penurunan indeks jenayah di daerah ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hubungan-baik-antara-polis-dan-masyarakat-pastikan-daerah-tangkak-sifar-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:19 MYT

Tangkak, 22 Disember 2017 - Sikap permuafakatan dan kerjasama erat di antara penduduk dengan jabatan berkaitan dipercayai menjadi penyumbang utama dalam penurunan indeks jenayah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, ia terbukti apabila keseluruhan indeks jenayah mencatat penurunan dengan 228 kes dilaporkan berbanding tahun lalu sebanyak 256 kes diterima.

“Penurunan sebanyak 11 peratus ini membuktikan kadar jenayah di Tangkak menurun berbanding tahun lalu. Ia juga termasuk jenayah popular iaitu pecah rumah yang mencatat penurunan hampir separuh berbanding tahun lalu.

“Setakat 20 Disember, jenayah pecah rumah dan kecurian direkodkan sebagai kes yang paling banyak menurun iaitu sehingga 43 peratus apabila cuma 23 kes direkodkan berbanding tahun lalu 40 kes,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun menurutnya, hanya satu kes mencatat peningkatan iaitu jenayah jalanan dengan 26 kes diterima berbanding tahun lalu 22 kes.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang, Datuk Ir Hamim Samuri berkata, pendekatan di antara ketua jabatan dengan warga komuniti diyakini menjadi pencetus dalam menjamin keselamatan daerah.

“Yang paling mengagumkan apabila ketua jabatan sendiri turun padang menjayakan program cegah jenayah seperti ini, yang mana ia bantu meningkatkan lagi semangat komuniti untuk terus menjaga ketenteraman di kawasan sekitar.

“Saya percaya, dengan sikap mesra dan turun padang pihak berkuasa, ia secara tak langsung memberi gambaran terus kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) memainkan peranan mereka bagi mengekang jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program Kempen Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Parlimen Ledang Peringkat Daerah Tangkak di Dewan Serbaguna Al Fauzan Taman Tanjung Gading, Tanjung Agas, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional daerah, Nurul Hudah Maon.

Sementara itu, Hamim berkata, meskipun pihak berkuasa memainkan peranan dalam menjaga keselamatan komuniti, namun tanggungjawab masyarakat juga penting.

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 22 Dec 2017 7.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM