Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hormati Undang Undang Jalan Raya Di Malaysia

Diterbitkan: 10 Dec 2014 9.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 10 Dis – “Kita mengalu-alukan kedatangan pelancong-pelancong asing di negara ini tetapi hormati undang-undang jalan raya di Malaysia,” ujar Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato’ Haji Mohd Fuad Abd Latiff dalam satu sidang media operasi trafik di pejabat trafik Bukit Aman, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hormati-undang-undang-jalan-raya-di-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:48 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo

Kuala Lumpur, 10 Dis – “Kita mengalu-alukan kedatangan pelancong-pelancong asing di negara ini tetapi hormati undang-undang jalan raya di Malaysia,” ujar Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Dato’ Haji Mohd Fuad Abd Latiff dalam satu sidang media operasi trafik di pejabat trafik Bukit Aman, pagi tadi.

Sehingga kini Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjalankan operasi untuk mengesan sehingga menangkap warga negara asing yang masih mempunyai saman yang belum dibayar atau mempunyai waran tangkap.

"Jumlah tertunggak bagi pemandu warga Singapura adalah (359, 569) iaitu 37.4 peratus diikuti Brunei (67, 416), Thailand (23, 526), Indonesia (6, 386) dan selebihnya lain-lain," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ditanya mengenai mengenai kekangan mengesan pesalah trafik warga negara asing, beliau berkata PDRM dan Jabatan Imegrisen akan duduk bersama untuk merangka kerjasama mengadakan sekatan di pintu-pintu masuk negara untuk menjejaki individu berkenaan bagi menyelesaikan saman tertunggak.

"Polis meminta agar pemandu warga asing tidak kira dari Singapura, Brunei mahupun Thailand, yang ingin masuk semula ke negara Malaysia supaya segera menyelesaikan saman terbabit sebelum dikenakan tindakan lanjut. Tolong hormati undang-undang kita.

"Pemandu warga asing juga boleh membayar saman tertunggak melalui www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my dengan menggunakan kad kredit," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Fuad berkata bagi tempoh 2011 sehingga Nov lepas, sebanyak 42,864 saman dikeluarkan bagi kesalahan memotong atau menggunakan lorong kecemasan.

"Sepanjang Ops Selamat 5 yang lepas juga, sejumlah 2,529 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya seluruh negara atas kesalahan memandu di lorong kecemasan dan memotong garisan berkembar," katanya.

Katanya, dalam usaha melaksanakan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalu lintas, pihaknya menerima 55 unit kamera 'trucam' yang diedarkan kepada semua kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Zon Peronda Lebuh Raya.


Hormati Undang Undang Jalan Raya Di Malaysia

ArtikelDiterbitkan 10 Dec 2014 9.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM