Bukit
Aman, 20 Mei – Pemahaman berkenaan konsep jenayah perlu diperhalus dan
diperdalamkan lagi bagi mengenalpasti punca dan langkah-langkah
penyelesaian bersama di antara masyarakat serta pihak polis.
Pencegahan
jenayah bukanlah tanggungjawab yang digalas semata-mata kepada Polis
Diraja Malaysia (PDRM), tetapi merupakan tanggungjawab semua pihak
sejajar dengan apa yang disyariatkan Islam dalam konteks kesejahteraan
Ummah.
Berdasarkan
konsep dalam syariah Islam, adalah penting kesedaran awal kepada
masyarakat terutamanya anak-anak muda bagi menanamkan prinsip mencegah
dan menghindari jenayah itu sendiri sebelum ia mendatangkan masalah yang
lebih besar kepada mereka.
Sehubungan
itu, PDRM dengan kerjasama Pusat Punggutan Zakat (PPZ) Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Program Ceramah
Pencegahan Jenayah Daripada Perspektif Islam di Perkarangan Masjid
Al-Amin, Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras,
semalam.
Ceramah
disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal Rukman, personaliti televisyen
dan pendakwah bebas dan turut dihadiri oleh DCP Datuk Ab. Razak bin Ab.
Ghani, Timbalan Pengarah KDN/KA (Gerakan), Dato' Muhammad Fuad Bin Abu
Zarim, Timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/ Kawalan Keselamatan
LTAB), SAC Dato’ Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah PGA,
Datuk Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP serta tetamu-tetamu jemputan.
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...
Tetamu-tetamu utama...
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal Rukman, personaliti televisyen dan pendakwah bebas...
Antara yang hadir menyaksikan ceramah...
Tetamu-tetamu utama...
sesi penyampaian cenderahati...
sesi penyampaian cenderahati...
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Hindar Jenayah Berlandaskan Syariah
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal Rukman, personaliti televisyen dan pendakwah bebas dan turut dihadiri oleh DCP Dato’ Ab Razak bin Ab Ghani, Timbalan Pengarah KDN/KA (Gerakan), Dato' Muha..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hindar-jenayah-berlandaskan-syariah
Scan to view the latest live version.