Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hina Istana Johor Eksekutif Direman

Diterbitkan: 09 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang eksekutif syarikat telekomunikasi yang sebelum ini dikenali sebagai antara aktivis mahasiswa pro pembangkang, ditahan reman dua hari bermula semalam oleh Mahkamah Majistret, di sini, bagi membantu siasatan berhubung satu kenyataan di laman sosial yang didakwa menghina Istana Johor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hina-istana-johor-eksekutif-direman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:05 MYT

Seorang eksekutif syarikat telekomunikasi yang sebelum ini dikenali sebagai antara aktivis mahasiswa pro pembangkang, ditahan reman dua hari bermula semalam oleh Mahkamah Majistret, di sini, bagi membantu siasatan berhubung satu kenyataan di laman sosial yang didakwa menghina Istana Johor.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Nuriza Mustafa terhadap lelaki berusia 25 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Lelaki itu yang ditahan di pejabatnya di Klang. Selangor, kira-kira 1.40 petang kelmarin dan dibawa ke mahkamah jam 11 pagi.

Sumber : Harian Metro
Hina Istana Johor Eksekutif Direman

ArtikelDiterbitkan 09 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM