
Artikel
Himpunan Pembebasan Palestin Timbalan Kpn Bersama Rakyat Tunjukkan Suara Malaysia Kepada Dunia
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi bersama-sama dengan ribuan rakyat Mala...
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay malam tadi bersama-sama dengan ribuan rakyat Malaysia dalam Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung dekat Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Himpunan tersebut yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertujuan menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin yang sedang ditindas rejim Zionis agar suara mereka didengari seluruh dunia.
Terdahulu, ribuan yang hadir malam tadi telah menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh sosok imam dari bumi Palestin sendiri iaitu Sheikh Ar Rami As-Sousi, sebelum disusuli dengan solat hajat perdana.
Dato’ Sri Ayob Khan bersama pemimpin negara dan rakyat Malaysia yang lain turut mendengar pidato berkenaan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin serta tayangan montaj khas sebelum diakhiri dengan bacaan Qunut Nazilah.
Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa serta Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah.