Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hilang Rm131 630 Hadiah Tak Sampai

Diterbitkan: 23 Jul 2018 6.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuantan, 23 Julai 2018 - Teruja untuk menerima pelbagai barangan mewah daripada kenalan laman sosial, seorang pembantu makmal kerugian RM 131,630, kononnya caj penghantaran hadiah tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hilang-rm131-630-hadiah-tak-sampai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:01 MYT

Kuantan, 23 Julai 2018 - Teruja untuk menerima pelbagai barangan mewah daripada kenalan laman sosial, seorang pembantu makmal kerugian RM 131,630, kononnya caj penghantaran hadiah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 39 tahun itu mendakwa barangan tersebut dihantar seorang warga Arab yang menetap di United Kingdom dipercayai bernama Mohammed Luqman, dikenali mangsa menerusi Facebook sekitar Januari lalu.

"Mangsa mendakwa suspek adalah pengusaha tekstil di sana dan berhasrat menghantar barangan mewah kepadanya meliputi barang kemas, cincin, kasut, jam tangan, iPad, komputer riba dan beg tangan.

"Bagaimanapun mangsa dimaklumkan barangan tersebut dihantar ke Sarawak sebelum menerima panggilan kononnya daripada pihak kurier, yang meminta bayaran penghantaran," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa telah membuat bayaran sebanyak sembilan kali yang dimasukkan ke dalam tujuh akaun berbeza sejak Februari lepas, namun hingga kini tidak pernah menerima barangan tersebut, sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam, selepas merasakan dirinya ditipu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Jul 2018 6.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM