Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

High Profile Policing Pengarah Jabatan Logistik Pdrm

Diterbitkan: 12 Jun 2014 12.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program 'High Profile Policing' ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat berinteraksi dengan polis di samping masyarakat boleh memberikan sebarang pendapat, cadangan dan komen berkaitan dengan perkhi..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/high-profile-policing-pengarah-jabatan-logistik-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:11 MYT
Serdang - 22 Mar 2012, Satu program "High Profile Policing" Pengarah Jabatan Logistik PDRM, YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abddullah telah dilangsungkan hari ini di sekitar premis perniagaan Bandar Puteri 1, Puchong Selangor. Program yang berlangsung pada hari ini turut dihadiri oleh YDH Dato' Haji Tun Hisan bin Dato Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak bin Elias, Timbalan-Timbalan pengarah Jabatan Logistik, Pegawai-Pegawai kanan Polis dan beberapa individu jemputan dari Kelab Community Policing IPD Serdang.

Program "High Profile Policing" ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat berinteraksi dengan polis di samping masyarakat boleh memberikan sebarang pendapat, cadangan dan komen berkaitan dengan perkhidmatan polis.

Program ini juga adalah salah satu pendekatan kepada konsep 4P yang telah dilancarkan oleh YDH Ketua Polis Negara pada 30 September 2010, iaitu salah satu hala tuju PDRM di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara sebagai kesinambungan kepada Misi dan Visi PDRM. Di program ini juga, masyarakat boleh memberi maklumbalas kepuasan hati mereka terhadap perkhidmatan PDRM.

Selain itu, masyarakat juga boleh menyalurkan sebarang maklumat jenayah yang sering berlaku di kawasan mereka tinggal. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk-penduduk sekitar kawasan tersebut dan ini menunjukkan hasil yang positif terhadap hubungan polis dan masyarakat.

Program ini juga dijalankan sempena promosi sambutan hari polis yang ke-205 tahun pada tahun ini yang akan berlangsung pada 24 Mac 2012 (sabtu) jam 10.00 pagi sehingga 1.00 pagi bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. PDRM pada tahun ini menampilkan kelainan dalam sambutan hari polis dan upacara pelancaran maskot PDRM.

Dengan semangat Gagasan 1Malaysia, program ini diharap akan mengeratkan lagi hubungan baik polis dengan masyarakat yang telah terjalin sekian lama, menanamkan amalan persefahaman dan perpaduan yang jitu diantara masyarakat yang berbilang kaum.

High Profile Policing Pengarah Jabatan Logistik Pdrm
High Profile Policing Pengarah Jabatan Logistik Pdrm
Pegawai dan anggota polis serta anggota MPSJ diberi taklimat siap sedia menjalankan tugas...

High Profile Policing Pengarah Jabatan Logistik Pdrm
High Profile Policing Pengarah Jabatan Logistik Pdrm
High Profile Policing Pengarah Jabatan Logistik Pdrm
Ketibaan YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abddullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM...
 
High Profile Policing Pengarah Jabatan Logistik Pdrm
Anggota ops payung melapor tugas kepada YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abddullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM...

High Profile Policing Pengarah Jabatan Logistik Pdrm
YDH Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abddullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM menandatangan buku pelawat...

Sekitar Program "High Profile Policing"...

Wartawan:  L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
Jurufoto: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin dan L/kpl Mohd Izwan bin Mohd Yusuf Chow
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 12.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM