Hidupkan Kembali Tradisi Kekeluargaan Kita Kpn
Kuala Lumpur, 22 Nov – “Program sebegini (sunathon) dapat menghidupkan kembali tradisi kekeluargaan di kalangan masyarakat kita,” jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucapannya sempena Majlis Sunathon 2015 Peringkat Bukit Aman di Masjid Bukit Aman, pagi tadi.
Beliau sebelum itu berkata, aktiviti seumpama ini juga berupaya memupuk rasa persaudaraan atau ukhwah yang lebih erat sesama manusia seperti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa mengutamakan kesatuan hati atau ‘esprit de corps’ di dalam pelaksanaan tugas seharian.
Dalam pada itu, seramai 41 orang anak warga PDRM yang berusia antara lima hingga 12 tahun menyertai majlis Sunathon pada hari ini.
Program yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara itu turut mendapat kerjasama Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, DCP Dato’ Haji Mohd Fuad Abd Latiff, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal PPUKM, Prof. Jaafar bin Md. Zain serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan PPUKM.
anak-anak dibawa oleh ibu bapa untuk mengikuti program sunathon pada hari ini..
ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar..
ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar..
Kanak-kanak yang diraikan diarak ke perkarangan Masjid Bukit Aman..
dari kiri; Timbalan Pengarah Perkhidmatan Klinikal PPUKM, Prof. Jaafar bin Md. Zain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, DCP Dato’ Haji Mohd Fuad Abd Latiff.
ucapan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar..
sesi penyerahan cenderahati daripada PDRM kepada PPUKM...
sekitar acara menyembur air kepada peserta-peserta sunathon...
sekitar acara menyembur air kepada peserta-peserta sunathon...
selesai acara menyembur air..
selesai acara menyembur air..
acara utama pada hari ini, sesi berkhatan..
anak-anak ditenangkan oleh ibu bapa masing-masing sebelum melalui proses berkhatan..
menunggu giliran berkhatan..
selesai berkhatan..
sesi bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara...