Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Heroin Rampasan Terbesar Tahun Lalu

Published: 19 Jun 2014 2.58 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ledang - Seramai 85 pengedar dadah di daerah ini berjaya ditahan melalui beberapa siri tangkapan Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang sepanjang tahun lalu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/heroin-rampasan-terbesar-tahun-lalu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:27 MYT

Ledang - Seramai 85 pengedar dadah di daerah ini berjaya ditahan melalui beberapa siri tangkapan Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohd Salleh Razak berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 23 kes berbanding tahun sebelumnya.

"Permintaan terhadap penggunaan dadah juga meningkat sebanyak 41.8 peratus iaitu 730 kes tahun lalu, manakala 515 kes pada 2012.

"Bilangan penagih dadah yang ditangkap tahun lalu ialah 731 orang meningkat sebanyak 93 tangkapan berbanding 2012. Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 50-an termasuk penagih tegar," katanya ketika ditemui.

Katanya, dadah jenis heroin merupakan rampasan terbesar tahun lalu kira-kira sebanyak 1,336.86 gram (gm) dengan nilai pasaran yang dianggarkan ialah RM200,530. Manakala syabu pula rampasan kedua terbesar dengan berat 444.35 gm yang bernilai RM74,060.

"Keseluruhan rampasan bahan terlarang seberat 17,81.21 gm dianggarkan bernilai RM306,500 dan boleh menampung bekalan kepada 9,700 penagih.

Heroin Rampasan Terbesar Tahun Lalu
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.58 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM