Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Hentikan Perbuatan Mewarna Haiwan Kerana Ia Tidak Melucukan

Diterbitkan: 13 Nov 2019 9.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.11 PM
Perbuatan pihak tertentu yang dikesan sengaja mewarna badan haiwan jalanan atau peliharaan, merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hentikan-perbuatan-mewarna-haiwan-kerana-ia-tidak-melucukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:30 MYT

#PesananKhidmatMasyarakat

Perbuatan pihak tertentu yang dikesan sengaja mewarna badan haiwan jalanan atau peliharaan, merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.

Sama ada kalian prihatin ataupun tidak, perbuatan tersebut boleh mengundang kemudaratan dan keracunan toksik. Ia juga boleh menyebabkan kematian sekiranya haiwan itu menjilat tubuh badannya atau warna berkenaan meresap melalui kulit.

Hentikan segera perbuatan tersebut kerana ia langsung tidak melucukan!

Jika berdegil, tindakan di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 boleh dikenakan kerana melakukan penganiayaan terhadap haiwan yang membawa kepada hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan sebarang aktiviti penganiayaan terhadap haiwan juga diminta segera melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Bersama tanamkan rasa cinta dan kasih buat haiwan-haiwan ini kerana mereka juga makhluk Tuhan yang diciptakan untuk memberi pelbagai faedah kepada manusia.

70385346_2798064806870475_4144498734601863168_o
ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2019 9.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.11 PM