Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Helikopter Pdrm Lakukan Penerbangan Untuk Salurkan Bantuan Banjir

Diterbitkan: 26 Jan 2017 6.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Kinabalu, 26 Jan. 2017 - Penghantaran bantuan makanan menggunakan helikopter diteruskan hari ini membabitkan empat kampung di Pitas yang terputus hubungan akibat banjir, minggu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/helikopter-pdrm-lakukan-penerbangan-untuk-salurkan-bantuan-banjir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:18 MYT

Kota Kinabalu, 26 Jan. 2017 - Penghantaran bantuan makanan menggunakan helikopter diteruskan hari ini membabitkan empat kampung di Pitas yang terputus hubungan akibat banjir, minggu lalu.

Kampung berkenaan iaitu Kampung Saniton, Kiambalang, Botong dan Kobon.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al Hamdi Ladin berkata, helikopter akan menghantar bekalan makanan membabitkan empat kampung di daerah Pitas.

"Bantuan bekalan makanan menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dijalankan pagi tadi membabitkan empat kampung yang masih terjejas akibat terputus hubungan dalam kejadian banjir sejak seminggu lalu.

“Empat lagi kampung di daerah berkenaan iaitu Kampung Ladap, Andab, Kinangoh dan Lokos Vinui kini sudah pulih dan boleh diakses melalui jalan darat dan bekalan makanan lengkap akan disalurkan awal pagi esok," katanya di sini, hari ini.

Semalam, helikopter PDRM membuat lapan penerbangan ke dua kampung iaitu Kampung Nibang dan Mangkabusu.

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2017 6.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM