Helah Diguna Nombor Pendaftaran Palsu Tidak Menjadi
Kajang,
5 Mac – Helah seorang lelaki menggunakan nombor pendaftaran palsu
semasa menunggang motosikal yang dicuri terbongkar apabila ditahan
sepasukan polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis
Bandar, Kajang petang semalam.
Suspek
yang berumur 40 tahun itu ditahan semasa melalui Jalan Taman Seri
Baiduri, Bandar Teknologi Kajang ditahan anggota yang sedang membuat
rondaan di kawasan tersebut dan pemeriksaan lanjut mendapati motosikal
yang ditunggang telah dilaporkan hilang di daerah itu.
Pemeriksaan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber : Facebook Kontinjen Selangor