
Article
Hebahan Soal Selidik Kajian Membangunkan Indeks Jenayah Rentas Sempadan Pdrm
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) dengan kerjasama "Management Science/Operation Research Society of Malaysia...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) dengan kerjasama "Management Science/Operation Research Society of Malaysia" (MSORSM) sedang melaksanakan kajian bagi mendapatkan maklum balas serta maklumat secara langsung daripada rakyat Malaysia untuk mendapatkan Indeks Jenayah Rentas Sempadan PDRM bagi memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pelan Strategik PDRM 2021-2025.
Justeru, masyarakat pelbagai peringkat adalah dijemput untuk menyertai soal selidik secara dalam talian menerusi Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia di pautan / atau klik terus pada borang di pautan, https://docs.google.com/.../1FAIpQLScaLDiYEVrExZ.../viewform.