
Artikel
Hebahan Proses Menaik Taraf Talian Telefon Di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Proses menaik taraf sistem pemasangan talian telefon Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bermula pada hari Jumaat (1...
Proses menaik taraf sistem pemasangan talian telefon Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bermula pada hari Jumaat (12 Mac 2021) jam 10.00 malam sehingga hari Sabtu (13 Mac 2021) jam 8.00 pagi. Sepanjang tempoh proses naik taraf tersebut, sistem talian telefon PDRM di Bukit Aman tidak dapat diakses oleh orang awam.
Oleh yang demikian, orang awam yang memerlukan bantuan dari PDRM boleh menghubungi terus ke nombor sementara Malaysia Control Center (MCC) di talian 03-20319999.
Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman